Archive for May, 2008

25
May

mylifeastopo pergi bertapa…

Posted By topo in craps

bagi sesiapa yang tak tahu lagi… topo kini ada 2 blog..tapi buat masa ni aku masih lagi belum ada idea nak tulis apa dkat mylifeastopo.. so aku rasa aku perlu bertapa dulu mencari niche yang sesuai dan mantap… hohoho bila aku dah dpat pedoman.. akan aku sebarkan kelahiran semula mylifeastopo sekali lagi…so sementara aku sedang bertapa ni lawati lah blog2 ni plak…sesiapa lagi yang berminat bak letak banner blog mereka semasa topo pergi bertapa.. sila lah contact topo…atau jerit kat shoutbox…

topotato.com

topotato.com
Photobucket
menteil blog
de-malaysian

18
May

kung fu panda…

Posted By topo in movie

selepas cerita iron man yang superb.. satu lagi movie yang berjaya menarik minat aku.. kung fu panda.. ok topo akan memberikan sinopsis kung fu panda dalam bahasa Malaysia.. hohoho.. ok cerita ni berkisarkan tentang seekor panda yang bernama po (ade kaitan dgan topo ke??).. po lakonan jack black..merupakan seorang seekor panda yang merupakan pembuat mee segera dan juga fanatik terhadap kung fu..sama seperti panda-panda yang lain di muka bumi ni.. po sangat pemalas dan kuat makan… dan pada suatu hari satu Evil warrior yang bernama Tai Lung terlepas daripada penjara.. dan Po telah menjadi insan binatang yang terpilih untuk menyelamatkan bumi.. the chosen one… untuk mempersiapkan Po.. dia mempunyai seekor guru, sifu.. sifu merupakan master yang sangat hebat dan telah melatih 5 binatang lagenda dalam dunia kung fu China.. harimau (tiger),monyet(monkey),crane(dalam BM ape ek??) ular (viper),dan mentadak mentadu (mantis)… yang masing-masing mempunyai gaya kung fu tersendiri… so.. dapatkah Sifu melatih Po menjadi hero yang hebat?? macam manakah gaya kung fu seekor panda?? hohoh nantikan kung fu panda di pawagam seluruh Malaysia pada 6 Jun 2008..

sila lawati kungfupanda.com untuk menambahkan minat anda lagi terhadap movie ni.. hohoho macam-macam ada.. boleh download game,poster,screen saver dan banyak lagi….

15
May

pertualang myspace,friendster,facebook…

Posted By topo in web


ok social networking macam friendster,myspace,facebook…dan lain-lain memang best… memang boleh buat org ketagih.. member aku laptop dia hanya untuk friendster.. hohoho kalau connection internet sux=xde friendster=laptop off… kalo x 24/7 online friendster je.. ok tutup cerita member aku…tapi rasanya apa akan jadi bila social network ni menjadi luar kawalan??? bergaduh sesama sendiri untuk mendapat perhatian??? hohoho usya la video di atas ni…dan silalah beri respon ye… terima kasih…

12
May

convert tulisan rumi kepada jawi secara online

Posted By topo in web

semasa aku merayau-rayau di alam maya.. aku terjumpa web ni.. seriously memang menarik minat aku.. web ni menawarkan perkhidmatan menukarkan teks rumi kepada jawi dalam sekelip mata secara online… benda ni memang sangat menarik dan berguna untuk memartabatkan tulisan jawi.. aku yang selama ni memang lemah tulisan jawi dapat menulis jawi dengan jayanya… jap2 bukan aku yang tulis jawi.. aku tulis rumi je..dia yang tolong convert jadi jawi…kenapa la aku tak jumpa benda seumpana ini semasa aku masih bersekolah dulu… kalau tak.. sure aku mendapat A dalam subjek Jawi dan menjadi kesayangan guru... hohoho.. nak cuba convert sendiri?? lawati http://www.ejawi.net hohoh mungkin sekali-sekala aku akan menulis dalam tulisan jawi plak lepas ni.. terima kasih kepada ejawi..promosi dalam tulisan jawi..

ايجاوي لامن ويب ڤڠڬالق توليسن جاوي

سيلا لايري ايجاوي اونتوق منوكر توليسن رومي كڤد جاوي سچارا اونلاين

ejawi laman web penggalak tulisan jawi
sila layari ejawi untuk menukar tulisan rumi kepada jawi secara online

11
May

kateikyoushi hitman reborn…

Posted By topo in anime

ini adalah review anime yang sedang menjadi kegemaran aku buat masa sekarang ni.. kateikyoushi hitman reborn (home tutor hitman reborn)..anime ni still lagi on air di Jepun.. baru je tadi aku tengok episode 81.. seriously.. anime ni memang sangat menarik dan mendapat 4.5 bintang dari topo…

anime ni memang pakej lengkap… aksi,komedi,nilai-nilai murni semua ada kat anime ni..Ia berkisar tentang seorang remaja, Sawada Tsunayoshi yang telah terpilih untuk menjadi perwaris ketua ke 10 kumpulan mafia yang sangat digeruni di Itali Kumpulan Vongola…

Untuk menjadikan Tsuna seorang mafia yang hebat, kumpulan vongola telah menghantar seorang home tutor, Reborn yang juga merupakan seorang hitman untuk mengajar Tsuna.. walaupun reborn kelihatan seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.. tapi dia merupakan seorang hitman yang sangat hebat… latihan yang dijalankan oleh seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas Tsuna memang ekstrem… Untuk memastikan Tsuna menjadi ketua mafia yang hebat dan disegani pada masa depan.. Reborn membantu mencari para pengikut @ ahli keluarga untuk kumpulan Vongola generasi 10 yang masing-masing mempunyai skill yang tersendiri..hohohoh banyak kisah-kisah menarik dan mencuit hati dalam usaha Reborn melatih Tsuna.. anime ini masih lagi ditayangkan dan aku sangat tidak sabar menanti episod yang seterusnya…

download kateikyoushi hitman reborn disini… sekarang ni ade 81 episod.. download la sampai lebam.. memang berbaloi