ok social networking macam friendster,myspace,facebook…dan lain-lain memang best… memang boleh buat org ketagih.. member aku laptop dia hanya untuk friendster.. hohoho kalau connection internet sux=xde friendster=laptop off… kalo x 24/7 online friendster je.. ok tutup cerita member aku…tapi rasanya apa akan jadi bila social network ni menjadi luar kawalan??? bergaduh sesama sendiri untuk mendapat perhatian??? hohoho usya la video di atas ni…dan silalah beri respon ye… terima kasih…
semasa aku merayau-rayau di alam maya.. aku terjumpa web ni.. seriously memang menarik minat aku.. web ni menawarkan perkhidmatan menukarkan teks rumi kepada jawi dalam sekelip mata secara online… benda ni memang sangat menarik dan berguna untuk memartabatkan tulisan jawi.. aku yang selama ni memang lemah tulisan jawi dapat menulis jawi dengan jayanya… jap2 bukan aku yang tulis jawi.. aku tulis rumi je..dia yang tolong convert jadi jawi…kenapa la aku tak jumpa benda seumpana ini semasa aku masih bersekolah dulu… kalau tak.. sure aku mendapat A dalam subjek Jawi dan menjadi kesayangan guru... hohoho.. nak cuba convert sendiri?? lawati http://www.ejawi.net hohoh mungkin sekali-sekala aku akan menulis dalam tulisan jawi plak lepas ni.. terima kasih kepada ejawi..promosi dalam tulisan jawi..
ini adalah review anime yang sedang menjadi kegemaran aku buat masa sekarang ni.. kateikyoushi hitman reborn (home tutor hitman reborn)..anime ni still lagi on air di Jepun.. baru je tadi aku tengok episode 81.. seriously.. anime ni memang sangat menarik dan mendapat 4.5 bintang dari topo…
anime ni memang pakej lengkap… aksi,komedi,nilai-nilai murni semua ada kat anime ni..Ia berkisar tentang seorang remaja, Sawada Tsunayoshi yang telah terpilih untuk menjadi perwaris ketua ke 10 kumpulan mafia yang sangat digeruni di Itali Kumpulan Vongola…
Untuk menjadikan Tsuna seorang mafia yang hebat, kumpulan vongola telah menghantar seorang home tutor, Reborn yang juga merupakan seorang hitman untuk mengajar Tsuna.. walaupun reborn kelihatan seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.. tapi dia merupakan seorang hitman yang sangat hebat… latihan yang dijalankan oleh seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas Tsuna memang ekstrem… Untuk memastikan Tsuna menjadi ketua mafia yang hebat dan disegani pada masa depan.. Reborn membantu mencari para pengikut @ ahli keluarga untuk kumpulan Vongola generasi 10 yang masing-masing mempunyai skill yang tersendiri..hohohoh banyak kisah-kisah menarik dan mencuit hati dalam usaha Reborn melatih Tsuna.. anime ini masih lagi ditayangkan dan aku sangat tidak sabar menanti episod yang seterusnya…
download kateikyoushi hitman reborn disini… sekarang ni ade 81 episod.. download la sampai lebam.. memang berbaloi
hohoho topo telah berpindah ke domain sendiri.. topotato.com..anda akan di redirect ke topotato.com dalam masa 15 saat.. kalau tak sabar nak tunggu.. click sini… apa akan jadi dengan mylifeastopo??? hohoho aku akan melakukan make over… atau penjenamaan semula.. hohoho nantikan lah mylifeastopo serba baru.. mylifeastopO REBORN…